INFO SPBT



SEKOLAH KEBANGSAAN PEKAN II
WILAYAH PERSEKUTUAN LABUAN


SURAT AKUAN PENERIMAAN BUKU TEKS
Skim Pinjaman Buku Teks ( SPBT )

Saya …………………………………. Dengan ini mengakui telah menerima buku sebanyak ……… naskhah daripada pihak sekolah.

2.         Saya memahami bahawa semua buku tersebut merupakan Hak Kerajaan Malaysia yang dipinjamkan kepada saya dan saya tertakluk kepada peraturan Skim Pinjaman Buku Teks Sekolah.

3.         Dengan ini saya berjanji akan menjaga buku teks dengan baik dan mematuhi peraturan-peraturan SPBT iaitu :

            3.1 Membalut buku teks dengan plastik lutsinar.
            3.2 Membawa buku teks ke sekolah mengikut jadual waktu persekolahan.
            3.3 Tidak meninggalkan buku teks di kelas atau di merata-rata tempat.
            3.4 Tidak meminjamkan buku teks kepada pelajar lain.
3.5 Tidak menconteng, merosakkan atau menghilangkan buku teks.
3.6 Mengambil dan memulangkan buku teks pada waktunya.
3.7 Menjaga buku teks dengan sebaik-baiknya.

4.         Sekiranya saya melanggar peraturan tersebut, maka pihak pengurusan SPBT sekolah berhak mengambil tindakan atau meminta saya menggantikan buku yang rosak/hilang tersebut termasuk mengambil semula buku teks yang ada pada saya.

5.         Kegagalan saya mematuhi peraturan SPBT turut membolehkan pihak sekolah mengambil apa-apa tindakan disiplin terhadap diri saya.

Yang benar,                                                                 Disahkan oleh guru kelas,

……………………………….…                                  …………………………………
(                                               )                                   (                                               )
Nama Murid

Diakui oleh :                                                                Tarikh : …………………………

……………………………….
(                                               )
Nama Ibu bapa/Penjaga




TATACARA PENGGUNAAN BUKU TEKS SPBT
SEKOLAH KEBANGSAAN PEKAN II
W.P. LABUAN


Ibu bapa/ penjaga yang dihormati, sila pastikan buku teks anak anda :

1.      Dicatatkan nama dan tarikh penerimaan buku pada ruangan peminjaman yang telah disediakan dalam buku teks.
2.      Dibalut dengan menggunakan plastik lut sinar.
3.      Dibawa pada setiap hari mengikut jadual waktu pembelajaran.
4.      Tidak menconteng dan mengoyakkan buku teks yang telah dibekalkan.
5.      Sentiasa memastikan bilangan buku anak anda mencukupi mengikut jumlah yang telah dipinjamkan.
6.      Sentiasa memastikan keadaan fizikal buku teks dalam keadaan baik.
7.      Sekiranya buku teks mempunyai ( jilid 1 dan jilid 2 ) ataupun ( part 1 and part 2 ), pastikan buku jilid 1 / part 1 dibawa semasa pembelajaran penggal pertama dan buku jilid 2 / part 2 di bawa semasa pembelajaran penggal kedua.

Pihak sekolah merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan ribuan terima kasih di atas keprihatinan dan kerjasama ibu bapa/ penjaga.

“KESELAMATAN BUKU TEKS TANGGUNGJAWAB BERSAMA ”


 SAFARIATI BT. HARUNA ,
Guru SPBT,
Sekolah Kebangsaan Pekan II,

W.P. Labuan.



PERATURAN BOSS
SEKOLAH KEBANGSAAN PEKAN II
W.P. LABUAN


1.     Dilarang membawa masuk beg, fail, buku, dan makanan termasuk Buku SPBT kepunyaan sendiri.

2.     Semasa berada di BOSS, murid dilarang membuat bising, makan, minum atau berkelakuan tidak sopan. Murid dikehendaki berpakaian seragam sekolah atau kokurikulum ketika berada di BOSS.

3.     Murid DILARANG masuk ke BOSS tanpa kebenaran guru SPBT.

4.     Buku-buku SPBT dari rak terbuka, tidak boleh dibawa keluar dari BOSS.

5.     Selepas menggunakan BOSS, sila pastikan tiada sampah ditinggalkan, meja dan kerusi disusun rapi dan matikan suis lampu dan kipas.

6.     Murid/AJK Kelab SPBT yang tidak mematuhi peraturan BOSS boleh dikenakan tindakan.
Disediakan oleh,
SAFARIATI HARUNA,
GURU SPBT,
SEK. KEB. PEKAN II,
W.P. LABUAN.

No comments:

Post a Comment